Refleksi

Reflksi Minggu Pertama,


Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurniaNya, saya berjaya melaksanakan kerja kursus projek bagi mata pelajaran Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3053) dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Jutaan penghargaan juga ingin berikan kepada Encik Mohd Firdaus bin Abdul Salam  kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar semasa saya melaksanakan kerja kursus ini. Sesungguhnya, pengetahuan dan pengalaman beliau dalam kursus ini amat mengagumkan saya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya, kerana banyak memberikan tunjuk ajar dan kerjasama  amat baik bagi sama-sama menghasilkan kerja kursus yang bermutu tinggi.
            Kerja kursus ini memerlukan kami melaksanakan dua tugasan, iaitu katalog internet dan halaman internet. Katalog internet mestilah dilaksanakan dengan cara mengumpulkan dan mengkategorikan bahan daripada internet yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan empat elemen, iaitu grafik, teks, audio, dan teks. Selepas itu, bahan yang telah dikumpul perlulah disesuaikan dengan kemahiran bahasa yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kami telah memilih Kurikulum Baru Sekolah Rendah untuk katalog internet. Tugasan yang kedua ialah menghasilkan pencarian bahan melalui internet dengan mudah. dengan pencarian seperti ini memudahkan pencarian bahan-bahan yang bersesuaian dengan pembelajaran dan dapat mengintegrasikan bahan yang diambil daripada internet. 
            Semasa menjalankan kerja kursus ini, saya mendapati terdapat dua kelebihan yang telah saya perolehi. Pertama, saya berjaya mengubah diri menjadi individu yang lebih berdisiplin ketika melakukan sesuatu kerja. Hal ini demikian kerana, saya mendapat galakan dan bimbingan daripada pensyarah bagi mata pelajaran ini. Hasilnya, saya telah berjaya melengkapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang telah diberikan. Oleh itu, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Firdaus bin Abdul Salam atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Seterusnya, melalui kerja kursus ini, saya dapat meningkatkan pengetahuan saya mengenai cara pencarian bahan dengan mudah yang dapat digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Saya berpendapat bahawa kerja kursus ini amat sesuai untuk diteruskan kerana menjamin pelbagai kelebihan dan faedah kepada guru pelatih.
            Pada pendapat saya, kerja kursus ini membantu melengkapkan diri para guru pelatih dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Kemahiran ini penting bagi melahirkan corak pendidikan yang sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi negara kita. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan semasa guru pelatih mengajar kelak. Selain itu, pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi melalui pelaksanaan kerja kursus ini mempunyai perkaitan dengan corak pendidikan negara kita yang mula menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011. Hal ini demikian kerana, salah satu elemen yang terdapat dalam KSSR ialah teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh itu, input yang diperolehi melalui kerja kursus ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran KSSR.
            Seterusnya, masalah yang saya hadapi semasa melaksanakan kerja kursus ini ialah jangka masa yang terlalu lama semasa menyiapkan satu tugasan. Sebenarnya, masalah ini berpunca dari diri saya sendiri kerana kurang mahir dalam menggunakan komputer. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat kami atasi kerana saya percaya setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaian yang terbaik. 
            Kesimpulannya, saya sebagai bakal pendidik seharunya meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah  agar berkebolehan untuk  membina bahan bantu mengajar yang menarik, efektif dan efisien. Perkara ini akan memberi impak yang positif kepada hasil pembelajaran seterusnya mampu menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, matlamat untuk melahirkan insan yang berfikiran secara kreatif dan kritis sudah tentu dapat dicapai melalui pengajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia. Akhir sekali, saya mestilah mengaplikasikan ilmu yang telah saya perolehi melalui pelaksanaan kerja kursus ini ketika menjadi guru kelak untuk melahirkan pelajar yang mempunyai minda kelas pertama.
Sekian, terima kasih.


Refleksi minggu kedua

Syukur alhamdulillah kehadirat Ilahi kerana saya dapat menyelesaikan tugasan minggu kedua ini. Minggu kedua ini kami mencipta pembelajaran berdasarkan kepada objektif pembelajaran. kami dikehendaki memilih dokumen standard pembelajaran tahun 1,2 ,3 dan seterusnya. semasa merancang pembelajaran ini kami dikehendaki menyatakan bahan-bahan yang mungkin akan digunakan dalam pembelajaran dalam kemahiran mendengar bertutur, kemahiran menulis dan kemahiran membaca.


Refleksi minggu ketiga


Syukur alhamdulillah saya telah selesai menyiapkan tugasan Etika Penggunaan Internet dalam bentuk brouser dan Reka cipta dalam bentuk powerpoint. tugasan ini meminta kami memindahkan maklumat sedia ada kepada bentuk brouser atau powerpoint. Kemahiran ini sangat penting dan berguna kepada kami bakal guru dalam pengaplikasian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bertepatan dengan menularnya peggunaan bahan ini  yang semakin meluas dan sangat mudah disediakan oleh seorang guru dalam pengajaranya. Sesuai dengan seruan kerajaan kini yang inginkan Celik IT. semoga dengan hasil tugasan ini dapat membantu saya dalam menyediakan bahan bantu mengajar kelak akan lebih mudah dan berkesan kepada pembelajaran. Tidak lupa juga kepada pensyarah kami yang sangat komited kepada tugasnya dalam membentuk pendidik yang serba boleh..sekian Terima kasih.


Refleksi minggu keempat

Syukur alhamdulillah tugasan minggu keempat ini merupakan tugasan mengedit video. Setiap pelatih diarahkan untuk mengedit video asal cerita Bawang Putih dan Bawang Merah menggunakan perisian Wondershare. Dalam melaksanakan tugasan ini pensyarah akan membimbing setiap pergerakan pelatih agar pembelajaran yang dilakukan dapat dilaksanakan oleh pelatih. 

Semasa melakukan pengeditan video ini semua pelatih hendaklah melalui proses meletakkan lirik lagu berdasarkan pada lagu yang dialunkan, memotong mana-mana bahagian yang tidak diperlukan dan menutup video tersebut. semasa melakukan penutupan, pelatih hendaklah mengambil kira kesesuaian video itu diletak sama ada MP4,MP3 dan sebagainya.

Penggunaan bahan seperti ini secara tidak langsung melatih pelatih dalam mengedit sesuatu bahan pengajaran yang bersesuaian bagi mata pelajaran yang akan di ajar. Penggunaan bahan seperti ini lebih mudah dan menjimatkan masa.


Refleksi Minggu Kelima

Tugasan terakhir minggu kelima ini merupakan pembinaan laman web secara individu. Semasa membina laman web tersebut hendaklah mempunyai isi kandungan minggu pertama sehinggalah minggu kelima dan refleksi bagi setiap minggu. Dalam tugasan ini pelatih akan bersama pensyarah akan membina setiap bahagian -bahagian dalam laman web yang dibina. Tugasan ini merangkumi pencarian bahan-bahan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan enjin carian, mengkategorikan bahan-bahan tersebut dan menyimpannya ke dalam folder mengikut minggu, memuat naik bahan-bahan yang telah siap ke laman web yang telah dihasilkan dan melengkapkan kandungan laman dengan maklumat tambahan. Selain itu, dalam tugasan minggu kelima juga terdapat tugasan kedua iaitu penghasilan produk yang mana pelajar dikehendaki membina pakej pembelajaran Bahasa Melayu berpandukan Dokumen Standard Sekolah Rendah. 

Pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknologi amat penting untuk setiap individu masa kini. Kehidupan yang kini lebih memerlukan penggunaan teknologi merupakan faktor seseorang itu harus memiliki kemahiran tersebut. Dalam konteks pendidikan masa kini juga, tidak terkecuali daripada penggunaan teknologi malah penggunaan tersebut sudah menjadi satu kewajipan. Bermula dari peringkat pengurusan sekolah hinggalah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi masa kini. Oleh itu, bagi meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi seseorang individu itu hendaklah mempelajari sama ada secara formal mahu pun tidak formal mengenai teknologi tersebut. Kemahiran ini juga akan memudahkan lagi proses pembelajaran yang bakal pelatih lalui kelak. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan