HALAMAN UTAMA



Assalamualaikum...WBT..
Selamat datang ke Blog saya BMM3053...



BMM3053 merupakan mata pelajaran dan kursus wajib bagi guru pelatih PISMP semester 3. Mata pelajaran ini  dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Dalam pembelajaran ini semua guru pelatih dilatih bagaimana menggunakan  internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian serta dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. 

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer merupakan satu proses pengajaran yang terkini menjadi suatu yang penting dalam mencapai objektif pengajaran. Antara aspek yang ditekankan dalam mata pelajaran ini antaranya ialah pengajaran dan penguasaan ilmu terutama dalam kemahiran komputer untuk mengakses maklumat melalui teknologi terkini. Selain itu, mata pelajaran ini turut menekankan aspek pencarian maklumat, pengolahan serta penyusunan bahan, perbincangan tentang aplikasi kemahiran komputer dalam mendapatkan maklumat. 

Semoga dengan pembinaan blog ini juga dapat memberi seribu manfaat kepada kita semua.... ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah...oleh yang demikian sampaikan suatu ilmu itu walau satu ayat, ini kerana sedikit perkongsian memberi suatu manfaat yang bernilai. Wassalam....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan